10 Kenderaan Rosak Dilanggar Bas Ekspres Atas Lebuhraya

Lebih kurang 10 kenderaan ranap selepas dilanggar bas ekspres di Kilometer 139.3 Lebuh Raya Utara- Selatan arah selatan dekat Perai.
Dari video yang tular dilaman sosial, bas yang dipandu dilorong kanan telah melanggar sebuah kenderaan berwarna putih.
Kemalangan yang berlaku jam 2 petang itu telah menyebabkan kesesakan sepanjang 15 kilometer. Aliran trafik kembali lancar jam 4.30 petang.
Kemalangan ini telah menimbulkan rasa marah para netizen yang rata-rata mahukan hukuman yang setimpal diberikan kepada pemandu bas tersebut.