10 Maut Dalam Kemalangan Yang Melibatkan Sebuah Treler

Kemalangan Maut Membabitkan Sebuah Treler. Gambar Bomba

Sepuluh individu, lapan daripadanya adalah kanak-kanak antara yang maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah treler di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah menghala Shah Alam.

Seorang wanita bersama lapan orang anaknya antara yang maut dalam kemalangan tersebut. Seorang lagi mangsa adalah seorang mekanik.

Senarai Mangsa Kemalangan Maut

  • Norul Naziah Buyong, 37 tahun (Isteri)
  • Muhamad Raid Fathi, 10 bulan
  • Puteri Nur Ain Syalwana, 3 tahun
  • Muhamad Hidayat Hakimie, 7 tahun
  • Muhamad Rolkaizat Rezky, 9 tahun
  • Muhamad Aizat Shazwan, 10 tahun
  • Puteri Hidayah, 12 tahun
  • Razatul Aliah, 16 tahun
  • Muhamad Razzrul Amin, 17 tahun
  • Muhamad Rahimi Rolex, 27 tahun (Mekanik)

Difahamkan kereta yang dipandu oleh Abdul Razak (Suami Mangsa), mengalami kerosakan dan terpaksa berhenti dilorong kecemasan sementara menunggu rakannya Muhamad Rohimi (Mangsa) datang.

Kemudian, sebuah treler dari arah belakang secara tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh kereta mangsa dan mengheret ke lorong kanan lebuhraya.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati pemandu treler bebas dari dadah dan alkohol.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian berat ini.

Sumber : BHOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published.