13 Tahun Bersama, Akhirnya Peng Soon Dan Liu Ying Berpisah

Kenangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di Olimpik Rio 2016. Gambar StadiumAstro

Semalam peminat sukan badminton negara dikejutkan dengan berita tentang pengunduran pemain regu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dari Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Sepanyol.

Tidak lama selepas itu, satu lagi berita yang menggemparkan mengatakan bahwa Peng Soon dan Liu Ying membawa haluan masing-masing. Dengan itu, Kejohanan Jelajah Dunia Akhir 2021 adalah kejohanan mereka bersama.

Peng Soon dan Liu Ying mula disatukan dalam acara regu campuran pada tahun 2008. Pelbagai kejuaraan yang berjaya rangkul sejak bersama dan sudah pasti kenangan paling manis adalah berjaya memenangi pingat perak di Olimpik Rio 2016.

Bila ditanya adalah mereka akan bersara, jawapannya adalah tidak. Mereka masih akan bermain mungkin dengan pasangan baru ataupun dalam acara baru.

Lepas ni rindulah nak dengar jeritan Peng Soon masa smash.

Leave a Reply

Your email address will not be published.