Orang Cakap, Jangan Belajar Dari Ketam Melayu. Betul Ke Bohong?

Orang Cakap, Jangan Belajar Dari Ketam Melayu. Betul Ke Bohong?Ramai daripada kita pernah mendengar kisah ketam Melayu dan ketam Cina yang mempunyai sikap yang berbeza. Apabila pembeli datang untuk membeli ketam, mereka bertnaya kepada penjual ketam cara untuk membezakan ketam Cina dengan ketam Melayu.

Si peniaga memberitahu, ketam Melayu dan ketam Cina ditempatkan di dalam bekas yang berbeza. Ketam Melayu ditempatkan di dalam bekas yang terbuka sementara ketam cina ditempatkan di dalam bekas yang tertutup.

Alasan ketam Melayu ditempatkan di dalam bekas terbuka adalah apabila seekor ketam naik, ketam yang lain akan menariknya sehingga ketam tersebut jatuh ke bawah kembali.

Ketam Cina pula ditempatkan di dalam bekas tertutup kerana apabila seekor ketam memanjat ke atas, ketam lain akan saling menolong hingga semua ketam tersebut dapat keluar daripada bekas tersebut.

————————————————————————————————————————

Artikel ini aku ambil dari majalah Gen-Q edisi kali ke-33. Ringkas dan penuh makna penulisan ini. Aku kongsikan sebab aku tau ramai yang tak beli majalah kecil ini. Tidak kurang juga ada yang tidak tahu tentang kewujudan majalah ini.

Macam Macam Hal Sekarang Ini Yang Terjadi Oi!

Hari ini dah masuk hari keberapa aku deman. Nak update blog ini dan yang lain pun terpaksa aku tolak ketepi dahulu niat itu. Bila tangan dah ready kat keyboard untuk menaip sesuatu, pasti ada cecair yang keluar dari hidung mengganggu. Tiada pilihan lain, terpaksa aku membaringkan sahaja tubuh ini.

Dalam minggu ini, pelbagai perkara yang terjadi disekeling kita. Nak atau tidak, kita kena ambil tahu. Jangan sampai terjadi pada kita kelak, baru terkial-kial untuk mengorak langkah penyelesaian.

1. Isu Ustaz Don
Minggu ini heboh orang keyboard warrior mengatakan bahawa Ustat Don menyebarkan hadis palsu dan bawa penyelewengan untuk menyesatkan umat Islam. Tidak terkecuali untuk masuk campur dalam perkara ini adalah Wardina Safiyyah yang meminta pihak Astro menyemak semula isi kandungan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don. Tapi apa yang menarik aku hendak kongsikan disini adalah jawapan balas dari Abu Widad Ad-Dusuni Al-Asy’ari yang dikatakan sahabat kepada ustaz Don.

KOMENTAR SAYA KEPADA SAHABAT SEPERJUANGAN AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH AL-FADHIL USTAZ DON DANIYAL HAFIZAHULLAH.

1) BAB BANI TAMIM. Ustaz Don salah menukilkan mengenai Bani Tamim. Bani Tamim ialah nisbah kepada Bangsa Arab. Mungkin Ustaz Don boleh keluar kenyataan pembetulan.

2) BAB KISAH TELAGA. Ustaz Don tidak salah menukilkan. Allah Maha Mencipta, maka diciptakan Karomah bagi Para Awliyaa As-Solihin.

3) BAB KISAH RAMBUT NABI. Ustaz Don salah menukilkan. Saya sendiri pernah bertabarruk dengan Rambut Nabi yang di bawa oleh beberapa org Ulama. Mereka Ialah Syaikh Abdurrahman Ammash (Tahun 2006), Syaikh Othman Al-Falestiniy (Tahun 2007-2008), Syaikh Salim ‘Ulwan Al-Husainiy (Tahun 2012, 2013), Syaikh Jamal Saqor (2013, 2014).. Saya pernah bertanyakan mengenai perkara ini kepada sebahagian mereka, maka mereka katakan Rambut Nabi yang ada sekarang tidak memanjang dan tidak telus cahaya. Namun pasti Rambut Nabi tidak akan terbakar, kerana Allah pelihara Jasad Nabi dan mana mana bahagiannya dari hancur dan musnah. Mungkin Ustaz Don boleh keluar kenyataan pembetulan.

4) KISAH BIAWAK MENGAKUI KENABIAN NABI MUHAMMAD. Ustaz Don tidak salah menukilkan. Memang kisah ini Shahih Hadisnya dan banyak riwayatnya. Ini adalah mukjizat Nabi.

5) ISU TALAFFUZ NIAT. Ustaz Don tak salah nukil. Ada sandaran. Wahabi yang bodoh dan tak faham dan tak mengaji.

6) ISU AIR MUSTAKMAL. Ustaz Don tak salah nukil. Wahabi yang bodoh tak faham dan tak mengaji. Wahabi pergi ngaji dulu bab basuhan pertama, basuhan kedua yang melengkapkan basuhan pertama yang wajib.

7) ISU DOA TAMBAHAN. Ustaz Don tak salah nukil. Ikutlah org nak doakan apa pun. Wahabi ja takmau doa. Bodoh punya WAHABUN.

PESAN SAYA YANG HINA NI.

Semua sahabat yang berdakwah dan mengajar. Pastikan anda telah mengambil ilmu yang anda ingin ajar secara talaqqi bagi mengelakkan kekeliruan fakta.

Kata Guru kami: “Aku berpesan kepada kamu supaya kamu sampaikan apa yang telah kamu ambil secara talaqqi sahaja. Walaupun kitab yang kamu gunakan itu betul, tapi dikhuatiri kamu salah faham ibarat kitab sehingga kamu menyampaikan apa yang salah difahami dan dianggap benar olehmu”

TULISAN INI HANYA UNTUK MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN OLEH INDIVIDU TERHADAP SAYA.

SAYA MENGAGUMI USTAZ DON SEBAGAI PENDAKWAH DAN SAYA MENYOKONG PERJUANGAN USTAZ DON DI ARENA DAKWAH. MANUSIA BIASA SEPERTI KITA TIDAK MAKSUM, MAKA KITA MOHON MAAF DAN BERISTIGHFAR PADA ALLAH ATAS KESILAPAN KITA. SEMOGA ALLAH PELIHARA USTAZ DON DAN MENGURNIAKAN KEMULIAAN KEPADANYA.

KALAU ADA PELUANG BERTEMU DENGAN USTAZ DON, SAYA INGIN SANGAT BERSUA SATU HARI NANTI. KITA MUZAKARAH ILMIAH BERADAB SEBAGAIMANA CARA ULAMA.

WALLAHU SUBHANAHU WA TA’ALA A’LAMU WA AHKAM.

Kalau bab wahabi wasabi wakenababe tu aku tak tahu sangat. Untuk video yang mengatakan bahawa Ustaz Don itu dan ini, boleh tonton video dibawah. Aku tak pasti Puteri Dayana ni orang wahabi ke apa. Rajin betul dia edit video ni.

2. Real Madrid Menang Copa Del Rey
Malam tadi kalau aku tidak silap aku dah tersedar dah pukul 3.30pagi. Entah macam mana, boleh terlelap pula. Akbiatnya, terlepas untuk aku tengok kemenangan Real Madrid keatas Barca. Kepada peminat Barca, jangan dihantui dengan kelajuan Bale. Serius laju Bale lari. Madrid menang dengan jaringan 1-2.

3. Karpal Singh Maut Terlibat Kemalangan
Kira-kira jam 1 pagi tadi Karpal Singh dan maut akbiat terlibat dalam satu kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung,Gopeng. Kemalangan ini turun meragut nyawa pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez dan difahamkan anaknya mengalami cedera teruk. Kepada mereka yang memandu lewat malam, pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya.karpal singh

Lagi Filem Tidak Patut Wujud Ditayangkan Di Pawagam. ‘Tahniah’ Kepada Pengarah

Filem yang aku maksud pada tajuk diatas adalah filem Apokalips. Filem hasil arahan Mamat Khalid ini telah mula ditayangkan di pawagam terdekat anda pada 3 April yang lalu. Aku tidak pasti samada pawagam berdekatan rumah aku ni ada tayang filem Apokalips ni ke tidak. Harap tak de la. Nak sebut tajuk pun dah pelik, jalan cerita pasti tidak menarik.

Aku tak tahu apa yang pengarah Malaysia fikirkan pada ketika dan saat ini. Disaat rakyat Malaysia atau lebih tepat anak bangsa melayu dibelenggu dengan pelbagai masalah dan krisis yang dikecam hebat seperti gejala soSIAL, pengarah Malaysia masih wujudkan filem yang tidak patut ditayangkan di pawagam seperti filem terbaru Mamat Khalid ini.

Bila tengok trailer filem ni, aku tak tahu dimana pengajaran yang boleh dikutip dan diguna pakai dalam kehidupan seharian. Cukuplah drama melayu dipenuhi dengan drama cinta dan krisis rumah tangga, jangan disajikan lagi dengan filem sedemikian. Tolong eh Mamat Khalid, pengarah terhebat kata ko.
————————————————————————————————————————
Update Friday April 11 2014 : Ketika ini baru sahaja selesai undian bagi peringkat separuh akhir liga juara eropah. Ramalan yang aku buat semalam ternyata meleset. Nasib baik aku tak guna khidmat raja bomoh 1Malaysia. Buat perhabis duit dan beras sahaja.

Real Madrid akan turun menentang Bayern Munich manakala Atletico Madrid berdepan dengan Chelsea. Sudah semestinya perlawanan tumpuan bagi peringkat separuh akhir ini adalah diantara Real dengan Bayern. Harap aku dapat tengok perlawanan ni nanti. Jangan TV tengok aku sudahlah.

Real Madrid v Bayern Munich
Atletico Madrid v Chelsea

Orang Tua Ini Nampak Gatal, Tapi Dia Memang Power

BlogGirlsMinyak guna-guna apa yang pakcik ni gunakan hingga dia mampu kumpulkan 200 blogger perempuan dalam satu group facebook kurang dari 24jam? Aku harap pakcik ni dapat kongsikan minyak guna-guna yang dia gunakan itu kepada aku kelak. Aku tengok pun boleh menyirap, sekali 200 dia sapu habis tanpa meninggalkan sedikit pun untuk jejaka melayu terakhir yang lain termasuk aku.

Group yang pakcik ni buat adalah khas untuk blogger wanita yang ingin menghasilkan duit dari blog yang mereka buat. Tak kan buat blog kosong macam tu kan. Sedikit sebanyak pasti terlintas dalam hati sanu bari ingin dapat duit dari blog. Tak kesahlah blog pasal apa pun. Pasal korang makan durian ke, pasal gambar selfie guna monopod ke, janji blog.

Kepada wanita yang terlewat untuk sertai group pakcik ni, bolehlah bagi ayat manja sikit supaya dia masukkan korang dalam group dia tu. Bukan senang orang zaman sekarang buat group untuk kongsikan cara buat duit dari blog. Inilah peluang korang.
————————————————————————————————————————
Sedikit cerita tentang liga juara eropah, tahniah diucapkan kepada Real, Bayern, Chelsea dan Atletico Madrid sebab berjaya ke pusingan separuh akhir. Jadual perlawanan separuh akhir akan diumumkan nanti. Mulai musim ni, sistem dia dah lain sikit berbanding sebelum ini. Kalau sebelum ni jadual dah siap awal bermula pusingan ke-2 lagi. Tapi sekarang kena cabut undian bagi setiap pusingan.

Ramalan aku mungkin Real akan berdepan dengan Chelsea manakala Bayern bertemu Atletico. Kita tunggu sahaja undian nanti.