463 Kawasan Dari 5 Wilayah Di Selangor Mungkin Terputus Bekalan Air

Gangguan bekalan air tidak berjadual mungkin akan dihadapi penduduk dari 5 wilayah di Selangor yang meliputi sebanyak 463 kawasan penduduk setempat.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd, kawasan yang terlibat dalah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat.

Punca gangguan adalah disebabkan terdapat pencemaran bau diesel yang dikesan di Sungai Semenyih sekali gus menyebabkan aktiviti logi Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentikan.

Tambah Air Selangor lagi, Pelan Tindakan Kecemasan bagi menyediakan belakan air kepada penduduk yang terlibat telah diaktifkan dengan penghantaran lori tangki air.

Orang ramai juga disarankan untuk menjimatkan penggunaan air dan menyimpan sedikit bekalan sepanjang tempoh baik pulih dilakukan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.