Apa Itu Gravida Dan Para

Gravida selalunya digunakan bagi menunjukan bilangan kehamilan yang pernah dialami oleh seseorang wanita termasuklah yang terkini. Para pula adalah jumlah kelahiran yang lepas.

Sebagai contoh, seorang ibu yang sedang hamil anak kelima, dan mempunyai empat anak yang dilahirkan akan disebut Gravida 5, Para 4 atau singkatanya G5 P4.

Bagi ibu yang pernah mengalami keguguran ia dibezakan dengan tanda ‘+’. Contohnya Gravida 5, Para 3+1 atau G5 P3+1 yang bermaksud kehamilan kelima dengan tiga kelahiran hidup dan satu keguguran.

Sumber : Buku Pink

Leave a Reply

Your email address will not be published.