Apa Syarat Yang Diletakkan Lee Zii Jia Kepada BAM

Lee Zii Jia Meletakan Beberapa Syarat Kepada BAM Jika Mahu Kekal Bersama. Gambar Bernama

Sedia maklum bahawa pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia telah membuat keputusan untuk keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Kesan daripada tindakan itu, Lee Zii Jia tidak akan didaftarkan untuk menyertai mana-mana kejohanan selama 2 tahun bermula dari 18 Januari 2022.

Perkara tersebut disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden BAM 2, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dalam satu sidang media yang dilakukan oleh pihak BAM. Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan presiden 1 BAM, Datuk V Subramaniam dan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.

Punca Lee Zii Jia Keluar BAM

Dalam surat perletakan jawatan yang diterima BAM dari Lee Zii Jia pada 11 Januari yang lalu, antara punca Lee Zii Jia keluar BAM adalah beliau tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi dalam skuad kebangsaan dan gaya hidup yang ketat di Akademi Badminton Malaysia.

Ulasan kami tentang 2 alasan yang diberikan, tentang tekanan yang berlaku dalam skuad kebangsaan mungkin perlu ada perbincangan antara dua pihak yang lebih telus dan berkenaan gaya hidup yang ketat, mungkin Lee Zii Jia mahukan kehidupan yang lebih bebas dan tidak terikat dengan jadual dalam akademi. Dengar khabar kini Zii Jia telah menjadi duta produk.

Melihat dari alasan yang diberikan, BAM dan Lee Zii Jia telah melakukan perbincangan bersama dan Lee Zii Jia telah meletakan syarat baru jika dia ingin terus kekal bersama BAM.

Syarat Lee Zii Jia Kepada BAM

Sedia maklum Lee Zii Jia kini berada ditangga ke-7 dunia dan beliau telah meletakan syarat untuk mempunyai barisan kejurulatihan dan pasukan sokongan sendiri untuk dia lebih fokus dalam latihan.

Lee Zii Jia juga mahu merancang sendiri kejohanan yang beliau mahu sertai dan bukan mengikut kehendak persatuan seperti yang berlaku hujung tahun 2021.

Selain itu berbekalkan bakat dan wajah yang tampan, Lee Zii Jia menyatakan untuk mempunyai penaja sendiri dan tidak bergantung penaja dari persatuan.

Melihat dari syarat baru yang diletakan Zii Jia, BAM sebulat suara untuk menolak syarat tersebut dan digantikan dengan insentif lumayan termasuk pembayaran wang tunai.

Malangnya, umpanan BAM ditolak Lee Zii Jia.

Keputusan BAM

Melihat dari hasil perbincangan yang tiada kata putus memuaskan dari kedua pihak, BAM mengambil keputusan untuk menggantung Lee Zii Jia dari menyertai mana-mana kejohanan selama dua tahun.

Turut terkesan sama adalah bekas pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei. Jin Wei turut digantung untuk tempoh dua tahun bermula 31 Oktober 2021.

Untuk rekod, Goh Jin Wei meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia pada 11 September 2021 atas alasan masalah kesihatan.

Dikhabarkan akan ada campur tangan menteri belia dan sukan berhubung perkara ini. Semoga ada sinar disebalik kedukaan yang menyelubungi sukan badminton tanah air kita ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.