All posts by sukacuka

Lelaki Ini Terangkan Kisah Tabung Haji Jual Aset Saham Atau DAP Mahu Menguasai Tabung Haji

Roti High-5 Hasil Keluaran Silverbird

Betul atau tidak Tabung Haji jual aset saham ada kaitanya dengan DAP cuba mahu menguasai Tabung Haji itu sendiri? Baca dan fahamkan perkongsian yang ditulis oleh saudara Zamsaham dilaman Facebook beliau. Teliti sebaik mungkin. Kalau rasa tak paham, boleh ulang baca sampai habis.

Kisah Tabung Haji Jual Asset Saham yang dah turun harga atau sebab Dap nak kuasai Tabung Haji?

Continue reading Lelaki Ini Terangkan Kisah Tabung Haji Jual Aset Saham Atau DAP Mahu Menguasai Tabung Haji

Elfira Loy Kini Milik Orang

Pedih hati ini bagai dihiris dan ditusuk belati tajam apabila mendengar khabar berita yang mengatakan bahawa Elfira Loy kini sah menjadi milik orang awal pagi tadi. Siapa orang itu? Dia adalah Faris Khairol Anwar, 24 tahun yang entah dari mana muncul tak semena-mena kini menjadi suami kepada Elfira Loy.

Aku baru juga baru dikhabarkan yang mereka sudah pun bertunang pada 2 september lalu. Bertunang pun tak bagitau aku ye Loy, hmmmm. Last cerita yang aku tahu pun pasal dia putus tunang dengan Sufian Suhaimi 6 Oktober 2017 lepas. Bagai peluang kembali cerah, aku tekad kumpul duit untuk lamar kau Loy, tapi malang aku senasib Pian bila kau pilih Faris.

Continue reading Elfira Loy Kini Milik Orang

2019

Selamat datang tahun baru. Rindu pula untuk tulis kat sini. Rasa kosong je lepas aku padam database yang lama 4 tahun lepas. Masa tu tak fikir panjang, aku padam segalanya. Dalam kepala otak lantaklah apa nak jadi, jadilah. Ni sekarang baru menyesal tak sudah.

Sempena tahun baru ni, ada gak niat untuk hidupkan balik blog ni tapi tengoklah dulu keadaan macam mana. Niat asal nak buat satu post setiap hari, tapi kalau keadaan tidak mengizinkan seminggu sekali pun jadilah kan. Tak kan nak biar bersawang je sampai bila-bila kan. Tiap bulan aku bayar apa untuk hosting, rugi kalau tak guna sebaik boleh.

Lama tinggal blog, sampai nak tulis pun rasa kekok. Terkejut aku tengok interface baru kat wordpress ni. Banyak kena belek balik ni.

Setakat itu sahaja kot untuk coretan pertama tahun 2019 ni. Semoga tahun ni aku mampu untuk tulis lebih banyak lagi dari tahun lepas. haha.

Piala Dunia 2018 Tidak Bermakna Tanpa 12 Stadium Ini

Untuk edisi kali ini, Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Rusia selepas berjaya menerima undian paling banyak pada tahun 2010 di Zurich. Sebanyak 32 pasukan dari 6 benua akan berkumpul di Rusia untuk menajikan aksi memukau bola sepak mereka nanti.

Untuk melihat aksi yang bakal disajikan, tuan rumah Piala Dunia 2018 telah menyediakan 12 stadium yang cukup selesa sepanjang kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu. Pada awalnya, Rusia telah menyediakan 16 stadium namun 4 daripadanya gagal mencapai piawaian dan kehendak yang telah ditetapkan FIFA.

FIFA akhirnya mengumumkan 12 stadium yang bakal digunakan untuk Piala Dunia kali pada 8 Oktober 2015. Untuk rekod, kesemua 12 stadium yang disediakan Rusia terletak dibahagian benua eropah dalam negara Rusia. Sedikit info tentang Rusia, Rusia adalah negara yang mempunyai dua benua iaitu asia dan eropah.

Berikut adalah 12 Stadium Piala Dunia 2018 berserta jadual perlawanan yang berlangsung pada stadium yang terlibat. Continue reading Piala Dunia 2018 Tidak Bermakna Tanpa 12 Stadium Ini

Lihat Bagaimana Guru Ini Ajar Cara Susun Folder Resume Dengan Betul

Hari ini aku kongsikan cara susun folder resume yang diajar oleh seorang guru bernama Alvin Wong. Tetapi sebelum aku pergi jauh, izinkan aku untuk terangkan apa itu resume secara ringkas, padat, mampat dan mantap untuk korang semua mudah faham.

Resume adalah suatu kenyataan yang disusun padat bagi menyatakan tentang seseorang secara ringkas. Tetapi jangan pula di salah erti yang resume ini adalah biodata yang menyatakan tentang hal peribadi dan kehidupan seharian.

Resume disediakan khas untuk sesebuah majikan atau pihak tertentu bagi mengenali dan mengetahui secara pantas untuk mengisi keperluan majikan. Dengan kenyataan ini, sudah semestinya resume terkait rapat dengan kerjaya.

Okey cukup ah bebel pasal resume. Kalau tulis panjang-panjang, korang bukan baca pun nanti. Untuk mereka yang masih tidak tahu bagaimana untuk susun folder resume, teruskan scroll sampai ilham masuk ke dalam sanubari korang ye. Continue reading Lihat Bagaimana Guru Ini Ajar Cara Susun Folder Resume Dengan Betul

Kini Pelajar Perlu Berbikini Untuk Mengambil Exam Kerana Pakaian Sopan Dan Menutup Aurat Diharamkan

Pelajar BerpurdahApa cerita universiti di Malaysia ni? Tak kan nak masuk dewan peperiksaan dengan pemakaian yang sopan dan menutup aurat pun dilarang? Perkara sedemikian menggalakan lagi pelajar sekarang untuk berpakaian seksi dan jangan terkejut jika satu hari nanti ada yang berbogel untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan ataupun ke dalam kelas. Itulah sedikit sebanyak pembayang tentang apa yang aku baca dalam satu website ni.

Seorang muslimah dilarang masuk ke dalam dewan pemeriksaan hanya kerana beliau berniqab ataupun berpurdah. Bagi aku, perkara ini tidak sepatutnya berlaku lagi-lagi dalam sebuah negara yang digelarkan sebagai negara Islam. Jangan nak poyo sangat dengan nama negara Islam kalau perkara tentang Islam ditentang dan dipandang sinis oleh orang Islam itu sendiri.

Aku tak sempat kenal muslimah yang dihalang masuk ke dalam dewan exam dengan keadaan berpurdah tersebut sebab dia dah tutup akaun Facebook dia. Tapi apa yang aku tahu, dia dah mengetengahkan perkara ini kepada pengawas universiti dimana tempat dia belajar.

Antara komen menarik yang sempat aku baca tentang masalah ini adalah,

Bagai satu pencabulan jika selama ini dia mengenakan purdah dan disuruh pula membukanya.

Aku malas nak tekankan siapa dia dan di mana dia belajar. Korang pandai-pandai cari sendiri ye.

Berapa Kelajuan Internet Yang Nasa Gunakan?

Kelajuan Internet Nasa
Gambar Hashem AL-ghaili

Kadang-kadang terlintas difikiran aku berapa kelajuan internet yang Nasa gunakan untuk menjalankan segala operasi mereka. Sebelum aku pergi jauh, biar aku terangkan serba sedikit tentang Nasa agar budak kecil ada cita-cita dan terbuka minda mereka tentang perkara ini.

Nasa adalah singkatan bagi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika ( The National Aeronautics and Space Adminstration ). Nasa merupakan badan kerajaan Amerika Syarikat dan telah ditubuhkan pada 29 Julau 1958. Secara umumnya Nasa dirujuk sebagai agensi angkasa lepas yang terulung didunia.

Sebagai sebuah agensi yang terulung, sudah pasti Nasa memerlukan sambungan Internet yang berkelajuan internet untuk membantu memproses data-data dengan lebih cepat.

Kelajuan Internet yang Nasa gunakan adalah 91 gigabit per second. Ia bukan talian internet public yang digunakan orang awam. Line internet yang Nasa gunakan diberi nama ESnet, singkatan bagi Energy Science Network.

Bagi mereka yang hanya menggunakan internet untuk tengok gambar kucing, refresh Facebook, download movie, tengok ehem-ehem, korang tak perlu rasanya kelajuan internet seperti ini. Cukuplah untuk korang gunakan apa yang telah disediakan Telekom Malaysia.

Aku sayang Telekom Malaysia

Kalau rajin, teruskan bacaan korang di ;
http://www.wired.com/2014/06/esnet/
http://www.theregister.co.uk/2014/06/18/careful_with_fibre_speed_record_hype/

Kalau Takut Ditendang Tinggi, Jangan Pergi Ke Brooklyn

Itulah gaya hidup terkini orang yang tinggal di Brooklyn New York. Pantang jumpa benda yang tidak mampu untuk melawan, akan ditendang tinggi melambung hampir menggapai awan-awan di langit. So, kepada mereka yang bercadang untuk berpindah ke sana, sila gubal kembali rancangan anda agar tidak menyesal dikemudian hari.

Apa yang sebenarnya yang terjadi adalah, seorang remaja yang menendang seekor kucing tanpa rasa belas kasihan. Kucing tersebut melambung setinggi 2m diudara. Aku tak pasti samada kucing tersebut hidup lagi ataupun tidak. Kalau hidup, mesti ada patah disana sini. Jika dilihat dari pandangan fizik berkenaan daya yang dikenakan terhadap kucing tu, mau nya patah 1001 (sambil nyanyi lagi Shila Amzah).

Remaja lelaki yang menyepak kucing ni bernama Andre Robinson yang berusia 21 tahun. Kebodohan beliau dan rakan-rakanya terserlah bila video rakaman aksi ala-ala Ronaldo itu di upload ke laman sosial Facebook.

Aku dengar cerita dah kena tangkap. Eloklah, dari terus menyakiti makhluk yang tidak bersalah.Kalau Takut Ditendang Tinggi, Jangan Pergi Ke Brooklyn

Andai Pengemis Ini Ahli Keluarga Aku, Adakah Aku Perasan? Tonton Dengan Tisu

Dalam dunia yang semakin sibuk dan pelbagai cabaran,  apa pun boleh jadi. Jangan kita sangka hari ini kita makan KFC, esok kita makan Pizza. Mungkin esok juga kita akan jadi pengemis. Siapa yang tahu nasib kita esok? Jika itu yang terjadi, adakah orang lain akan perasan keadaan kita? Duduk bergelendangan ditepi jalan, lorong-lorong gelap sambil menyelongkar sampah demi sesuap makanan.

New York City Rescue Mission telah melakukan sedikit ujikaji berkenaan pengemis. Mereka pilih sebuah keluarga dan solek mereka persis pengemis. Ianya bertujuan adakah ahli keluarga yang lain dan juga orang terdekat perasan adakah itu insan yang mereka kenal. Ah! cerita panjang pun tak guna. Tisu aku dah habis tengok video dipenghujung artikel ni.

Pertama sekali mereka solek ahli keluarga

Seorang lelaki sedang melihat saudaranya. Lihat video dibawah untuk ketahui samada beliau kenal saudaranya atau tidak.

2 insan dalam gambar ini adalah adik beradik

Wanita ini jalan dihadapan pakcik dan makciknya

Tonton Video ini untuk ketahui kesudahanya.

Sumber :

Orang Cakap, Jangan Belajar Dari Ketam Melayu. Betul Ke Bohong?

Orang Cakap, Jangan Belajar Dari Ketam Melayu. Betul Ke Bohong?Ramai daripada kita pernah mendengar kisah ketam Melayu dan ketam Cina yang mempunyai sikap yang berbeza. Apabila pembeli datang untuk membeli ketam, mereka bertnaya kepada penjual ketam cara untuk membezakan ketam Cina dengan ketam Melayu.

Si peniaga memberitahu, ketam Melayu dan ketam Cina ditempatkan di dalam bekas yang berbeza. Ketam Melayu ditempatkan di dalam bekas yang terbuka sementara ketam cina ditempatkan di dalam bekas yang tertutup.

Alasan ketam Melayu ditempatkan di dalam bekas terbuka adalah apabila seekor ketam naik, ketam yang lain akan menariknya sehingga ketam tersebut jatuh ke bawah kembali.

Ketam Cina pula ditempatkan di dalam bekas tertutup kerana apabila seekor ketam memanjat ke atas, ketam lain akan saling menolong hingga semua ketam tersebut dapat keluar daripada bekas tersebut.

————————————————————————————————————————

Artikel ini aku ambil dari majalah Gen-Q edisi kali ke-33. Ringkas dan penuh makna penulisan ini. Aku kongsikan sebab aku tau ramai yang tak beli majalah kecil ini. Tidak kurang juga ada yang tidak tahu tentang kewujudan majalah ini.