Ayah Dan Anak Mangsa Terbaru Banjir Di Taman Sri Muda

Gambar Hiasan

Salam Takziah. Dua lagi mangsa banjir yang merupakan anak beranak ditemui di kediaman teres setingkat mereka di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, mangsa adalah seorang lelaki berusia 76 tahun dan anak perempuannya yang berusia 48 tahun telah dijumpai jam 1.40 petang.

Ahli keluarga memaklumlah kepada pihak polis bahawa kedua mangsa gagal dihubungi sejak kejadian banjir berlaku. Pemeriksaan polis membawa kepada penemuan dua mangsa tersebut.

Penemuan dua mangsa tersebut menjadikan jumlah kematian akibat banjir di Shah Alam meningkat kepada 14 orang sehingga jam 6 petang. Ini membabitkan lapan mangsa lelaki dan enam wanita.

Sumber : BHOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published.