Banjir Di Selangor Mengorbankan 17 Nyawa Setakat Ini

Keadaan Banjir Di Lembah Klang. Gambar Bernama

Sehingga jam 8 pagi tadi, banjir yang berlaku di Selangor telah mengorbankan seramai 17 orang dari tiga daerah.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, 10 kematian telah direkodkan di Klang, tiga di Hulu Langar dan empat mangsa di Sepang.

Banjir di Selangor dianggap diluar jangka. Hujan berterusan turun selama dua hari yang kadang kala lebat disekitar Lembah Klang menyebabkan ramai mangsa terperangkap dan tidak bersedia untuk menghadapi fenomena ini.

Sumber : BHOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published.