Disahkan Positif Covid-19, M Nasir Kuarantin Kendiri Di Rumah

M Nasir Positif Covid-19. Gambar FB M Nasir

Penyanyi dan komposer, Datuk M Nasir disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalankan kuarantin di rumahnya.

Berita tersebut dikukukan lagi dengan kenyataan dari isteri beliau, Datin Marlia Musa.

Ya benar, Datuk M Nasir positif Covid-19. Suami sekarang sedang berehat dan menjalankan proses kuarantin di rumah.

Tambah beliau lagi, suaminya dikesan dijangkiti virus selepas menjalankan ujian sebanyak dua kali.

Datin Marlia dan anaknya turut melakukan ujian covid dan hasilnya mereka negatif dari virus tersebut. Turut melakukan ujian tersebut adalah pembantu rumah mereka dan hasilnya negatif.

Datin Marlia mohon orang ramai untuk mendoakan suami beliau agar bebas dari jankitan ini.

Sumber : BHOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published.