Dividen ASB Kekal 5.0 sen Seunit Bagi Tahun Kedua

Kenangan Dividen Pada Tahun 2018.

Hari ini Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pembayaran dividen ASB bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2021 adalah sebanyak 5.0 sen seunit.

Menurut pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria 5 sen itu merangkumi dividen sebanyak 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit. Pengagihan ini sama dengan kadar yang diberikan pada tahun yang lalu (2020).

Jumlah keseluruhan pembayaran dividen bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM8.9 bilion kepada 10.4 juta pemegang unit. Tambah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Ahamad Zulqarnain Onn pula, ASNB telah mengagihkan dividen sebanyak RM168.5 bilion sejak 30 tahun yang lalu.

Berikut adalah Senarai Dividen ASB Dari Tahun 2010 hingga 2012.

2021: 4.25 + 0.75

2020: 4.25 + 0.75 (Terendah Sejak 2010)

2019: 5.00 + 0.50

2018: 6.50 + 0.50

2017: 7.00 + 1.25

2016: 6.75 + 0.50

2015: 7.25 + 0.50

2014: 7.50 + 1.00

2013: 7.70 + 1.00

2012: 7.75 + 1.15 (Tertinggi Sejak 2010)

2011: 7.65 + 1.15

2010: 7.50 + 1.25

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *