Pedih hati ini bagai dihiris dan ditusuk belati tajam apabila mendengar khabar berita yang mengatakan bahawa Elfira Loy kini sah menjadi milik orang awal pagi tadi. Siapa orang itu? Dia adalah Faris Khairol Anwar, 24 tahun yang entah dari mana muncul tak semena-mena kini menjadi suami kepada Elfira Loy.

Aku baru juga baru dikhabarkan yang mereka sudah pun bertunang pada 2 september lalu. Bertunang pun tak bagitau aku ye Loy, hmmmm. Last cerita yang aku tahu pun pasal dia putus tunang dengan Sufian Suhaimi 6 Oktober 2017 lepas. Bagai peluang kembali cerah, aku tekad kumpul duit untuk lamar kau Loy, tapi malang aku senasib Pian bila kau pilih Faris.

Dah la tunang tak bagi tahu, kahwin pun tak jemput!! haih apa la nasib badan ni. Apa pun Loy, aku ucapkan selamat mendirikan rumahtangga hingga ke syurga. Jangan lupa doakan aku untuk turut mendirikan rumahtangga gak ye.

Aku dengar dia nak buat beberapa majlis untuk meraikan hari bahagia dorang. Korang tolong jangan tanya aku sebab aku tak nak ambil peduli dah. Yang bahagia tu dorang, korang tanya lah dorang. Aku ni tengah berduka, siapa nak pujuk? Cewah!!.haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *