Hari 2 : Apahal Putih Je Ni?

Minum Petang

Hari ke-2 bermula sama macam hari pertama. Lepas sarapan dalam pukul 11, aku kena panggil untuk ambil darah lagi. Dalam hati, berapa banyak la nak ambil darah aku ni.

Dah la aku orang pertama kena ambil darah. Tempat semua dorg belum setup. Duk dengar la apa dorg borak-borak. Lepas dorg borak sesama sendiri, baru borak dengan aku. Hasil X-Ray pada hari pertama, ada kuman sikit dekat paru-paru aku. Dorg tanya pernafasan aku ok ke? Ada sesak nafas ke? Alhamdulillah semuanya normal.

Hampir Pitam

Selesai sesi soal dan jawab, mula la dorg nak cucuk amik darah aku. Berdebarlah juga. Punya lama dia cucuk, sikit je dapat. Lepas dia tarik je jarum tu, aku rasa nak pitam. Mata dah mula tak nampak apa dah. Putih je. Itu la pengalaman pertama aku rasa nak pitam.

Lokasi kali pertama mahu tumbang

Lepas tu aku dibaringkan kat katil, rasa sejuk je badan. Badan belum dapat pam darah sepenuhnya. Lepas 5 minit, keadaan aku kembali normal dan makan tengah hari pun sampai.

Petang dan malam perjalanan sama. Dorg check tekanan darah semua normal. Lupa nak cakap, masa nak pitam tu, dorg check tekanan darah aku rendah sangat. Dorg siap dah kenal aku. Jumpa aku je ‘ni yang nak pitam tu kan’. Kurang asam betul. Hahaha.

Sarapan pagi

Masuk tidur dengan nyenyak lepas dapat VC dengan yang tersayang.

Bersambung lagi ya…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *