Hujan Lebat Mungkin Tiada Sepanjang Minggu Ini – Jabatan Meteorologi

Kemungkinan Tiada Hujan Lebat Sepanjang Minggu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) berkemungkinan tiada amaran hujan lebat akan dikeluarkan sepanjang minggu ini diseluruh negara.

Amaran hujan lebat yang dikeluarkan bagi kawasan pantai barat telah ditamatkan malam tadi menurut Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah.

Tambah beliau lagi, masih belum ada tanda-tanda hujan lebat akan melanda kembali sehingga pihak Jabatan Meterologi terpaksa mengeluarkan amaran bahaya kembali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.