Indonesia Berjaya Ikat Vietnam. Harimau Malaya Wajib Menang

Keputusan Indonesia vs Vietnam Piala AFF Suzuki 2020

Indonesia berjaya mencuri satu mata penting selepas seri tanpa jaringan dengan juara bertahan Vietnam dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung di Singapura.

Dengan keputusan seri ini, kedua pasukan berkongsi 7 mata namun Indonesia tetap kekal ditangga teratas selepas dibezakan dengan jumlah jaringan yang dihasilkan.

Peluang untuk melangkah ke separuh akhir masih terbuka bagi 3 pasukan dalam kumpulan B. Perlawanan terakhir pada 19 Disember akan merungkai segala persoalan siapa yang layak dan siapa yang tidak.

Harimau Malaya akan turun dalam perlawanan terakhir dengan menentang Indonesia. Hanya kemenangan yang melayakan Malaysia ke separuh akhir. Vietnam akan berdepan Kemboja dalam perlawanan terakhir mereka. Semoga Kemboja mampu berikan kejutan dalam kejohanan kali ini.

Untuk rekod, Malaysia telah mengumpul 6 mata dari 3 perlawanan. Dua kemenangan menentang Kemboja serta Laos dan tewas kepada Vietnam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.