Isteri Serta Dua Anak Menteri Besar Selangor Positif Covid-19

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar TheStar.

Salam takziah buat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan khabar bahwa isteri serta dua anaknya dilaporkan positif Covid-19.

ADUN Sungai Tua dikatakan telah melakukan ujian PCR Covid-19 dan hasilnya negatif. Namun beliau tetap menjalankan kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada khamis nanti.

Beliau turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan dan diberikan kekuatan buat mereka sekeluarga bagi mengharungi ujian ini.

Difahamkan bahwa Amirudin sepatutnya berangkat menunaikan umrah pada malam ini bersama keluarga. Namun dengan keadaan sekarang, ianya terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.