Jalan Seremban – Simpang Pertang Terpaksa Ditutup Kerana Tanah Runtuh

Kejadian Tanah Runtuh Yang Dipercayai Berlaku Di Seremban. Gambar Utusan

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seremban, Jalan Seremban-Simpang Pertang akan ditutup akibat tanah runtuh.

Penutupan Jalan Persekutuan secara sementara bagi laluan keluar dan masuk bermula hari ini (19 Disember) sehingga dimaklumkan kelak.

Kerja-kerja kecemasan melibatkan bencana tanah runtuh sedang giat dilaksanakan di tapak dan penutupan jalan secara sementara pada masa yang ditetapkan adalah perlu demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan tersebut di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengguna jalan raya dimohon lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan jalan terutamanya dalam musim hujan ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.