Kronologi Kehilangan Hawari Di Puncak Gunung Everest

kehilangan Hawari

Kronolgi Kehilangan Hawari di Puncak Everest. Gambar tangkap layar Instagram MalaysiaEverest 2023.

Muhammad Hawari Bin Hashim (33) atau lebih mesra dengan panggilan Hawari merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai ekspedisi menakluk gunung tertinggi dunia iaitu Gunung Everest.

Namun segala apa yang dirancang tidak selalu indah. Hawari dilapor hilang setelah berjaya menakluk puncak tertinggi dunia itu. Berikut adalah konologi kehilangan Hawari di puncak Gunung Everest.

Kronologi Kehilangan Hawari Di Puncak Gunung Everest

17 May 2023 (Rabu)
Hawari dan arwah Tuan Awang berada di Kem 4 (South col) untuk melakukan ‘Summit Push”

18 May 2023 (Khamis)
Hawari dilapor telah berjaya sampai puncak Everest tepat jam 3.30 petang dan telah mengambil gambar kenangan disana.

19 May 2023 (Jumaat)
Hawari telah selamat tiba di Kem 4 (South Col) bersama seorang Sherpa (malim gunung) jam 1.30 pagi. Sherpa telah mengarahkan Hawari untuk tidur berehat dahulu sementara beliau naik semula untuk membantu seorang lagi sherpa yang ketika itu bersama arwah Tuan Awang.

Selesai membantu Tuan Awang sehabis baik, Sherpa kembali ke Kem 4 namun didapati Hawari tidak berada di dalam khemah seperti mana yang diarahkan.

Berikutan kejadian tersebut, pihak Sherpa telah memaklumkan situasi apa yang berlaku di Kem 4 kepada team yang sedang berada di Kem 2. Sekitar jam 10.30 pagi, 8 orang Sherpa telah melakukan SAR dari Kem 4 hingga Kem 2 namun tiada kelibat Hawari dijumpaai. Proses mencari berlarutan sehingga jam 11 malam. Sherpa yang terlibat telah menyemak setiap khemah di Kem 4 dan Kem 3 namun keputusannya masih gagal.

20 May 2023 (Sabtu)
Pencarian diteruskan menerusi tinjauan dari udara.

21 May 2023 (Ahad)
Pencarian darat diteruskan dibeberapa lokasi yang dikenalpasti. Proses pencarian berlarutan sehingga lewat malam.

22 May 2023 (Isnin)
Enam Sherpa terlibat dalam misi SAR. 3 Sherpa ke Kem 3 Crevasse, 2 Sherpa ke Kem 2 Crevasse dan seorang Sherpa di Kem 4 South Col bagi memulakan misi pencarian.

23 May 2023 (Selasa)
Sekali lagi 6 Sherpa teribat dalam misi SAR. 2 Sherpa ke Kem 3 dan 4 Sherpa ke Kem 2. Usaha pencarian bermula pada belah petang hingga tengah malam.

Dimaklumkan bahwa enam Sherpa menjumpai mayat baru di kawasan South Col. Namun setelah melalui proses identifikasi, ianya bukan Hawari.

24 May 2023 (Khamis)
Misi SAR darat dijalan sekitar Kem 2 bahagian Crevasse. Enam Sherpa melakukan pencarian sekitar Kem 2 bermula belah petang sehingga lewat malam.

Sebagai cacatan, Hawari merupakan seorang OKU yang mempunyai masalah percakapan dan pendengaran.

Sumber : Infografik Kelab Eksplorasi Altitud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *