Lagi Filem Tidak Patut Wujud Ditayangkan Di Pawagam. ‘Tahniah’ Kepada Pengarah

Filem yang aku maksud pada tajuk diatas adalah filem Apokalips. Filem hasil arahan Mamat Khalid ini telah mula ditayangkan di pawagam terdekat anda pada 3 April yang lalu. Aku tidak pasti samada pawagam berdekatan rumah aku ni ada tayang filem Apokalips ni ke tidak. Harap tak de la. Nak sebut tajuk pun dah pelik, jalan cerita pasti tidak menarik.

Aku tak tahu apa yang pengarah Malaysia fikirkan pada ketika dan saat ini. Disaat rakyat Malaysia atau lebih tepat anak bangsa melayu dibelenggu dengan pelbagai masalah dan krisis yang dikecam hebat seperti gejala soSIAL, pengarah Malaysia masih wujudkan filem yang tidak patut ditayangkan di pawagam seperti filem terbaru Mamat Khalid ini.

Bila tengok trailer filem ni, aku tak tahu dimana pengajaran yang boleh dikutip dan diguna pakai dalam kehidupan seharian. Cukuplah drama melayu dipenuhi dengan drama cinta dan krisis rumah tangga, jangan disajikan lagi dengan filem sedemikian. Tolong eh Mamat Khalid, pengarah terhebat kata ko.
————————————————————————————————————————
Update Friday April 11 2014 : Ketika ini baru sahaja selesai undian bagi peringkat separuh akhir liga juara eropah. Ramalan yang aku buat semalam ternyata meleset. Nasib baik aku tak guna khidmat raja bomoh 1Malaysia. Buat perhabis duit dan beras sahaja.

Real Madrid akan turun menentang Bayern Munich manakala Atletico Madrid berdepan dengan Chelsea. Sudah semestinya perlawanan tumpuan bagi peringkat separuh akhir ini adalah diantara Real dengan Bayern. Harap aku dapat tengok perlawanan ni nanti. Jangan TV tengok aku sudahlah.

Real Madrid v Bayern Munich
Atletico Madrid v Chelsea

2 Replies to “Lagi Filem Tidak Patut Wujud Ditayangkan Di Pawagam. ‘Tahniah’ Kepada Pengarah”

  1. dah tgk.. xbest citenya.. satu percubaan berani saudara Mamat Khalid namun gagal menarik peminat filem tempatan. Tak apa, teruskan jer francais Zombie Kampung Pisang. tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *