Lee Zii Jia Tinggalkan BAM Kerana Tekanan?

Tekanan Punca Lee Zii Jia Tinggalkan BAM?. Gambar Bernama

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meninggalkan badan induk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas bersama sejak usia 13 tahun.

Lee Zii Jia mengambil keputusan tersebut selepas tidak tahan dengan tekanan untuk menjadikan beliau ‘Lee Chong Wei seterusnya’.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengatakan bahawa badan induk itu telah menerima surat peletakan jawatan Lee Zii Jia pada 11 Januari yang lalu.

Semenjak itu, beberapa siri perbincangan dengan pemain berkenaan dan pihak keluarga telah dilakukan bagi memujuk untuk kekal bersama BAM.

Dilihat dari faktor usia, masih terlalu awal bagi Lee Zii Jia untuk bergerak secara profesional. Kejayaan merangkul gelaran All England 2020 bukanlah satu tiket untuk pemain tersebut mengambil keputusan tersebut kerana perjalanan karier beliau masih jauh.

Tambah Norza Zakaria lagi, masalah Lee Zii Jia bukanlah dengan BAM. Mungkin Lee Zii Jia ada keutamaan lain yang dikerjanya. Berbanding Lee Chong Wei, lagenda badminton negara itu kekal bersama BAM selama 19 tahun hingga persaraan beliau.

Lee Zii Jia dan BAM mungkin perlu melakukan perbincangan semula bagi merancang apa yang harus dilakukan seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.