Lelaki Ini Terangkan Kisah Tabung Haji Jual Aset Saham Atau DAP Mahu Menguasai Tabung Haji

Roti High-5 Hasil Keluaran Silverbird

Betul atau tidak Tabung Haji jual aset saham ada kaitanya dengan DAP cuba mahu menguasai Tabung Haji itu sendiri? Baca dan fahamkan perkongsian yang ditulis oleh saudara Zamsaham dilaman Facebook beliau. Teliti sebaik mungkin. Kalau rasa tak paham, boleh ulang baca sampai habis.

Kisah Tabung Haji Jual Asset Saham yang dah turun harga atau sebab Dap nak kuasai Tabung Haji?

1.Saya bukan ahli politik
Saya tak pandai nak main politik sebab saya tak pernah masuk mana-mana parti.Komen saya ni tak side mana-mana ,pastinya tak dapat sesen pun dari Tun M atau Lim Guan Eng😅.Saya bercakap pasal isu yg saya rasa terpanggil nak betulkan.
Banyak sangat emosi bermain dikala ini.Ahli politik berkepentingan.Sama ja.2 x 5.

2.Kisah TH gagal pelaburan saham Silverbird Bhd.
Kejelekan apakah bila tengok TH pemegang saham utama dalam sebuah syarikat roti Silverbird yg kilangnya kena tutup gara-gara isu kebersihan dan halal pada tahun 2009.Kilang Roti yang kotor dan menjijikan menjadi headline masa tu.

Silverbird ni keluarkan roti high -5.Ingat tak kes Silverbird ini,saham silver ni top dan popular dikalangan pemain saham dlm tahun 2007-2011.
Malang,Tahun 2012 Kena delisted!
Pelaburan dianggarkan hampir RM100juta.
Hari ini semua Kilang Silverbird dah ditutup secara rasminya tahun 2016 .Silverbird siapa punya,Tabung Haji is the single largest shareholder!😭

https://m.facebook.com/…/photos/a.32161…/10150570662017203/…
Masa tu ada yang komen, perlunya lihat kejayaan TH dalam bantu orang naik haji dan kenaikan nilai reserved asset TH. ni bukan citer pasal naik haji ni cerita kegagalan pelaburan saham dan kisah penyelewengan

3.Syarikat Mems Berhad Delisted.
Tahun 2009,saya ada isukan pasal kegagalan ahli lembaga pengarah bahagian pelaburan TH akan Mems Technology Bhd yang delisted semua sahamnya sebanyak 65juta unit.TH pemegang saham terbesar Mems Bhd.Kesian Tabung Haji,habis duit buang ke longkang gitu!

4.Isu penyelewengan dana RM200juta pada tahun 2001.
Kes masalah tabung haji ini bukan masalah baru,ianya masalah lama,sampai masuk mahkamah.Rajin-rajin lah cek,supaya anda tahu saya sampaikan ni fakta ke auta.

5.Dividend Lewat .TH dan Audit Bank Negara 
Ingat balik hujung tahun 2015, BNM bagi warning letter kat Tabung Haji selepas dikesan TH liabilities lebih dari assets.Governor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dah cakap kat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yg TH hanya ada 98 sen asset bagi setiap singgit ringgit liability.Tapi Dato Azeez on juga bagi dividend.

Bacalah link ini pasal Bank Negara pun dah detect sesuatu pasal akaun Tabung Haji yang negatif. 
https://www.thestar.com.my/…/tabung-haji-announces-dividend…
Bank negara pun dah detect awal dah. Takkan lah Bank Negara audit pun ko tak percaya.

6.Pelaburan Tabung Haji dlm Thheavy(Ramunia)
Larikan diri dari beli saham oil&gas seawal tahun 2014,tapi peliknya Tabung haji makin tambah saham dalam Th heavy Engineering.Dulu harga atas singgit hari ni tinggal 3sen! nampak tu 3sen, berapa banyak nilai asset semasa saham negatif pada Tabung haji.😅
Citer ni bukan baru,lebih awal lagi sebenarnya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1197501626944568&id=100000542256375

Banyak kisah dahulu yang kita kena cek supaya faham, yang Tabung Haji banyak invest pada: 
1.Company tak betul
2.Company yang total loss/delisted
3.Kisah adanya unsur penyelewengan.
(Bab pelaburan saham banyak fail rasanya)

7. Now, kita bincang pasal SPV dan cerita Utama yang saya ringkaskan pada aliran dibawah.
Isu Utama- harga saham turun==>Nilai Asset Negatif==>tak boleh bayar dividend ikut sec 22 Akta Tabung Haji 1995==> Positifkan akaun dengan cara jual yang rugi ni pada harga asal ==>SPV yang ditubuhkan oleh MOF beli dalam bentuk Sukuk RM10billion dan 9.9bllion RCPS.==>Akaun positif danTabung Haji boleh jalankan business as usual.==> akaun positif dan boleh bagi dividend pada saya dan 9juta pemegang unit TH yg lain.😃banyak sikit dividen Wallahualam

8.Berapa banyak company tabung haji ada labur kat Bursa Malaysia?
Total ada 89 syarikat Tabung Haji labur kat saham di Bursa Malaysia yang masih ada, ini tak termasuk syarikat saham-saham yg sudah ditendang keluar.Delisted! Total nilai asal dekat RM19.9billion(80 saham : 20 hartanah)

9.Berapa banyak loss tahun ni jer?
Untuk tahun ni sahaja, harga saham TH Heavy turun 71.4%, Icon Offshore (69.6%), Naim Holdings (68%), Lion Industries (64.8%), Pelikan (62.2%) dan star Media (58.2%).

MCT Turun 13.6%, termasuk Saham Tan Sri Syed Mokhtar pun tahun ni turun Malakoff Corp (18.4%) dan Integrated Logistics Bhd turun (16.7%).
Hampir kesemua saham ni harga sahamnya turun.Bukan ratus juta ni cerita billion punya paper loss.

10.Berapa banyak saham yang dijual?
TH dah jual Malakoff Corporation Bhd (500 juta UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) dan Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) and TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham)

Semua saham kat atas ni,harga saham dah turun dah.turun banyak,boleh cek carta untuk fakta.
Kenapa ye. TH tak beli Nestle yang naik dari RM6.90 now dah RM140,F&N RM3.50 now dah Rm35 seunit.kan bagus?

11.Pada harga berapa asset termasuk saham yang turun harga ni dijual?
Tabung Haji jual pada nilai asal RM19.9billion untuk tukaran saham-saham yang harganya dah rugi.

12.Kenapa Tabung Haji jual harga RM19.9billion sedangkan asset tu harganya kalau yg saham cuma RM1.9billion? 
Logiknya,Nak tanya anda ,nak atau tidak beli saham Parkson pada harga RM4.50 walhal anda boleh senang-senang sahaja beli saham Parkson kat harga market 25sen! Hari ni 25sen seunit sahaja tuan-tuan.Murah kan😆

Nak mana, beli saham harga 25sen atau ambik saham yang Tabung haji beli parkson pada harga RM4.50? Contohnya.
Hanya orang bodoh atau nak menyelamatkan sahaja akan ambik pada harga RM4.50 sedangkan buta-buta boleh beli kat market 25sen.Mudahan dapat faham apa yg nak disampaikan.😷

Inilah yang berlaku dimana, SPV urus jamaah sdn bhd ini beli semua saham pada harga kos RM19.9billion.Harga semasa semua saham-saham yg dipegang cuma nilai RM1.9billion sahaja.Nisbah asset ikut rekod 20 hartanah dan 80saham.So saham ni yang buat kacau banyak sehingga asset TH jadi negatif.

13.Selamat Tabung Haji .
Dah tentulah SPV yang dibuat oleh CEO Baru Datuk Zukri Samat ni niatnya baik, niat nak selamatkan Tabung Haji dan nak pastikan pemegang unit dan semua yg ada simpan kat Tabung Haji kekal Dapat Dividend. Kalau Tak faham cubalah tanya akauntan yg ada CPA,ACCA atau yg bijak sikit tentu dia faham nilai pelaburan semasa yang rugi perlu direkodkan dan semua saham yang rugi ni memberikan kesan rugi pada penyata kewangan Tabung Haji.
Bacalah penstrukuran semula Tabung haji satu persatu dari kaca mata sbenar.Jangan emosi sangat cakap DAP nak sapu aseet melayu islam dan sebagainnya.

14.Cicak Mengkarung.
Ahli politik seperti Cicak Mengkarung yang boleh bertukar -tukar warna mengikut suasana keliling,mengikut sedap nak main emosi orang.Lebih lagi kalau kurang faham pasal Isu Sebenar Tabung Haji yang banyak simpan saham dengan paper loss berbillion!

15. Beli saham pada harga pucuk dan pegang tak jual-jual sampai harga turun ke longkang! ada yang dah delisted dan saya rasa akan ada beberapa lagi company menunggu masa kena delisted.Ini masalah Tabung Haji.

16.Kena fahamkan isu harga saham mahal dibeli dan harga semasa hari ni yang murah.Ini cerita pokok yg perlu difahami.Kalau tak faham ni ,susahlah.
(Saya ulang banyak kali,Nilai asset negatif sebab harga saham turun sebab inilah punca yg menyebabkan Tabung Haji tak boleh bayar Dividend dan bonus jika nilai asset kurang dari liability mengikut section 22 Undang-undang tabung haji)

Benda yang dibuat betul,patut korang terima kasih kat CEO Baru tu Dato Zukri Samat.Ni tak korang hentam dah kenapa.Korang duduklah sebagai Orang Tabung Haji atau bagi solusi dan selesaikan jawapan bagaimana nak bagi Dividend setiap tahun kalau dah akaun tu negatif.
Bank negara siap dah audit akaun tu negatif dan kena perbetulkan lagi.

So,saya sayangkan Tabung Haji dan semoga Tabung Haji dijalankan oleh orang yang amanah lagi cerdik pandai.
Amanah kalau tak cerdik masalah juga.

Sekian,

Sekadar menyampaikan 
Wallahualam.

Selamat Tahun Baru.

Zamsaham
31st Dec 2018

1 thought on “Lelaki Ini Terangkan Kisah Tabung Haji Jual Aset Saham Atau DAP Mahu Menguasai Tabung Haji

  1. 1) Negara mana tiada bursa saham
    2) Kesakitan saham sama seperti manusia
    3) Saham adalah judi profesional
    4) Saham itu rumah “akal”
    5) Saham itu profesion
    6) Saham boleh melahirkan dan menggugurkan
    7) Saham boleh dimatikan dan dihidupkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *