Loji Kumbahan Jadi Tumpuan Mereka Yang Suka Bergambar

Suasana Loji Dengan Kiambang Mekar. Gambar Simon Ooi Tze Min

Tiada yang pelik sekarang ini, itulah yang berlaku disebuah loji kumbahan di Sungai Petani apabila diserbu penduduk setempat bagi mendapatkan gambar yang menarik.

Difahamkan bahwa permukaan kolam loji tersebut dipenuhi kiambang indah yang menyajikan permandangan menarik bagi mereka yang ingin merakam memori indah bersama orang tersayang.

Namun disebalik keindahan tersebut, ada bau kurang enak yang terhasil dari loji tersebut. Bagi mereka yang ingin mengambil gambar, terpaksalah tahan hidung sedikit.

Dikatakan kiambang tersebut telahpun tumbuh sejak beberapa tahun yang lalu. Baru sekarang ia telah meliputi keseluruhan kolam tersebut.

Gambar Simon Ooi Tze Min

Disebabkan lokasi loji tersebut telah menjadi kawasan tumpuan ramai, Majlis Perbandaran Sungai Petani telah memasang pita keselamatan bagi mengelakan orang ramai memasuki jambatan konkrit menuju injap pintu kolam.

Bertuah orang SP ada lokasi menarik untuk bergambar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.