Long Tiger Mungkin Bersembunyi Di Melaka. Empat Anggota Disiasat

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ada kemungkinan bagi Abdul Hamim Ab atau lebih dikenali sebagai Long Tiger untuk bersembunyi di Melaka.

Long Tiger yang berasal dari Rohingya berjaya meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak untuk perbicaraan selepas dibawa dari Penjara Sungai Udang.

Sementara itu empat anggota polis disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai menyebabkan orang tahanan lari.

Untuk rekod, Long Tiger ditahan atas pertuduhan mengurung dan mengugut pekerjanya di Bandar Bukit Gambir. Selain itu, Long Tiger juga menghadapi pertuduhan kerana merogol seorang gadis berusia 21 tahun.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.