Menghampiri Angka 1 Juta, USA Catat Rekod Kematian Tertinggi Covid-19

US Mencatatkan Kematian Covid-19 Paling Tinggi. Gambar News.CN

Sejak kes pertama Covid-19 dikesan di Amerika Syarikat pada Januari 2020 dan telah tersebar keseluruh negeri. Kini jumlah kes di Amerika Syarikat adalah sebanyak 51,136,442 dan telah mengorbankan seramai 821,335 orang setakat 15 Disember 2021 (Sumber Worldmeters).

Angka ini dijangka akan meningkat dengan kehadiran dua perayaan besar mereka iaitu Perayaan Hari Natal dan Sambutan Tahun baru.

California merupakan negeri yang paling banyak kes yang dicatatkan iaitu sebanyak 5,046,435 kes dan 75,676 kematian. Manakala New York yang padat dengan penduduk hanya mencatatkan sebanyak 2,962,349 kes dengan 58,864 kematian. (Data sehingga 15/12/2021).

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit US, 1 dari 3 orang di US telah dijangkiti virus corona ini. Ianya tiga kali lebih banyak dari anggapan awal.

US telah membenarkan penggunaan vaksin dari tiga perusahaan farmasi iaitu Pfizer/BioNTech, Moderna dan Johnson & Johnson. Usaha program vaksinasi bagi kawasan yang masih rendah divaksin sedang giat dilakukan bagi mengelakan berlakunya lonjakan kes seperti pada Januari 2021 yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.