“Mohon Doakan Abang Ali” – Pengerusi PPSM Yusuf Azmi

Semoga Roh Abang Ali Dicucuri Rahmat Oleh-Nya. Al-Fatihah.

Abang Ali atau nama sebenarnya Ali Salimin,55, telah meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi beliau di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Pagoh tengah hari tadi.

Berita sedih ini disahkan oleh Pengerusi PPSM Yusuf Azmi menerusi akaun Facebook beliau.

“Saya mohon doakan Abang Ali, saya kini dalam perjalanan ke Hospital Muar. Saya terasa sayap saya hilang.

“Beliau orang yang baik dan sentiasa ada dengan saya, jatuh dan bangun bersama, sentiasa duduk bersama dengan saya ketika susah, beliau duduk dengan saya ketika saya jatuh,”

Tambah Yusuf lagi, beliau kini dalam perjalanan ke Hospital Muar bagi menuntut dan memandikan jenazah Abang Ali.

Abang Ali merupakan salah seorangan aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM). Sebelum ini, Abang Ali juga dikenali sebagai Abang Ali PPIM bersama-sama Yusuf Azmi.

Semoga roh Abang Ali dicucuri rahmat dan dipermudahkan segala urusan olehNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.