Penantian KL City Untuk Julang Piala Malaysia Akhirnya Sampai Kepenghujungnya

Keputusan Piala Malaysia 2021

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Kuala Lumpur City (KL City) kerana berjaya menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan akhir.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berakhir dengan keputusan 2-0.

Gol kemenangan KL City disumbangkan oleh Zhafri Yahya (minit ke-66) dan Paulo Josue (minit ke-74). Tiada tambahan gol hingga tamat waktu perlawanan.

Untuk rekod, kali terakhir KL City menjulang piala paling tua di Malaysia itu adalah pada tahun 1989 dan kejuaraan ke-4 bagi mereka.

Bagi peminat JDT pasti terkejut dengan keputusan ini namun harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.