Rindu si hitam ni.

Sedia maklum yang Coronavirus atau Covid 19 telah melanda tanah air sejak mac yang lalu. Sejak dari tu aku berdoa agar aku dan keluarga serta orang sekeliling dijauhi dari virus ni. Untuk rekod ketika artikel ini ditulis, penawar untuk virus Covid 19 masih belum ada. Hanya kekuatan badan secara alami mampu untuk melawan virus ni.

Tersenarai sebagai pesakit

Aku tersenarai sebagai pesakit covid 19 selepas mendapat keputusan swab test yang dilakukan pada 22 Oktober 2020 di tempat kerja. Ini merupakan swab kali kedua aku buat selepas kali pertama dilakukan rasanya pada bulan 4 yang lepas.

Dan pada 25 Oktober 2020 jam 8.57 pagi, aku terima satu panggilan yang aku sendiri tak duga mengatakan hasil saringan tempoh hari aku adalah positif covid-19.

Perasaan dan tindakan

Sedih.. Ya itu yang mula-mula hadir dalam hati ni. Tanpa sebarang sintom atau tanda, aku telah dinyatakan positif covid-19 dan aku telah meletakkan keluarga dan orang sekeliling dalam suasana yang mereka tidak inginkan. Aku terus buat pengasingan bersama isteri yang masih menunggu keputusan ketika itu.

Lepas buat pengasingan a.k.a berkurung dalam bilik, terus inform mak situasi semasa waktu tu. Bila call tu dengar suara mak, aduhh meleleh bai air mata berharga ku ini. Lepas tu ayah lak call, ahhh kacau kacau. Pun meleleh gak air mata ni.

Salah satu info yang aku dapat hasil sedikit bacaan untuk menentang virus ni, adalah sentiasa berfikiran positif. Yup itu yang aku terus menerus tanam sedalamnya dalam kepala otak. Benda kau tak bergejala, jangan takut untuk terus lawan.

Bagi pesakit covid 19, korang akan menerima banyak panggilan. So korang kena jawab semua panggilan tu. Panggilan tu semua dari pihak KKM untuk minta segala butiran, mengesan contact rapat dan mengatur tindakan selanjutnya. Kalau nasib korang kurang baik, korang akan terjawablah panggilan pihak bank suruh bayar hutang yang dah tertunggak berapa bulan tu.

Dan semalam 26 Oktober 2020 jam 10.05 malam, aku telah dibawa ke Hospital Tengku Jaafar untuk menerima rawatan susulan. Aku cukup berterima kasih kepada mak dan ayah mertua serta adik beradik ipar yang memberikan bantuan sebelum aku dibawa ke hospital. Hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

Pada mak, ayah, adik beradik, rakan dan orang kampung, terima kasih atas doa kalian. Moga semua dijauhi dari virus tanpa penawar ni.

Bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *