Piala Dunia 2018 Tidak Bermakna Tanpa 12 Stadium Ini

Untuk edisi kali ini, Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Rusia selepas berjaya menerima undian paling banyak pada tahun 2010 di Zurich. Sebanyak 32 pasukan dari 6 benua akan berkumpul di Rusia untuk menajikan aksi memukau bola sepak mereka nanti.

Untuk melihat aksi yang bakal disajikan, tuan rumah Piala Dunia 2018 telah menyediakan 12 stadium yang cukup selesa sepanjang kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali itu. Pada awalnya, Rusia telah menyediakan 16 stadium namun 4 daripadanya gagal mencapai piawaian dan kehendak yang telah ditetapkan FIFA.

FIFA akhirnya mengumumkan 12 stadium yang bakal digunakan untuk Piala Dunia kali pada 8 Oktober 2015. Untuk rekod, kesemua 12 stadium yang disediakan Rusia terletak dibahagian benua eropah dalam negara Rusia. Sedikit info tentang Rusia, Rusia adalah negara yang mempunyai dua benua iaitu asia dan eropah.

Berikut adalah 12 Stadium Piala Dunia 2018 berserta jadual perlawanan yang berlangsung pada stadium yang terlibat.

#1 Luzhniki Stadium

Mula dibuka pada tahun 1955, Luzhniki Stadium telah menjadi saksi dalam pelbagai jenis sukan antaranya ragbi, hoki ais dan banyak lagi. Paling tidak boleh dilupa adalah apabila perlawanan akhir Liga Juara Juara 2008 diadakan disini yang pertemukan antara Manchester United menentang Chelsea. Manchester United menang menerusi sepakan penalti.

Kapasiti : 81,000

Jadual Perlawanan

14 June 2018 18:00 – Russia vs Saudi Arabia – Group A
17 June 2018 18:00 – Germany vs Mexico – Group F
20 June 2018 15:00 – Portugal vs Morocco – Group B
26 June 2018 17:00 – Denmark vs France – Group C
01 July 2018 17:00 – 1B vs 2A – Round of 16
11 July 2018 21:00 – W59 vs W60 – Semi Final
15 July 2018 18:00 – W61 vs W62 – Final

#2 Saint Pertersburg Stadium

Saint Pertersburg Stadium atau boleh dikenali juga sebagai Kerstovsky Stadium ataupun Zenit Arena. Stadium ini juga menjadi stadium tuan rumah untuk pasukan Zeni St.Petersburg. Stadium ini juga pernah menjadi tempat perlawanan akhir bagi Piala Konfederasi 2017 yang menyaksikan Jerman menewaskan Chile.

Kapasiti : 68,134

Jadual Perlawanan

15 June 2018 17:00 – Morocco vs Iran – Group B
19 June 2018 21:00 – Russia vs Egypt – Group A
22 June 2018 15:00 – Brazil vs Costa Rica – Group E
26 June 2018 21:00 – Nigeria vs Argentina – Group D
3 July 2018 17:00 – 1F vs 2E – Round of 16
10 July 2018 21:00 – W57 vs W58 – Semi Final
14 July 2018 17:00 – L61 vs L62 – Third Place

#3 Fisht Olimpik Stadium, Sochi

Mula dibuka pada tahun 2013 dengan kos pembinaan sebanyak $779 Juta. Stadium yang terlelak di bandar raya Sochi ini pernah digunakan semasa upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik musim sejuk pada 2014. Stadium ini juga digunakan semasa Piala Konfederasi 2017.

Kapasiti : 47,659

Jadual Perlawanan

15 June 2018 21:00 – Portugal vs Spain – Group B
18 June 2018 18:00 – Belgium vs Panama – Group G
23 June 2018 18:00 – Germany vs Sweden – Group F
26 June 2018 17:00 – Australia vs Peru – Group C
30 June 2018 21:00 – 1A vs 2B – Round of 16
7 July 2018 21:00 – W51 vs W52 – Quarter Final

#4 Spartak Stadium

Stadium yang terletak di bandar raya Moscow sama seperti Stadium Luzhniki ini telah siap dibina pada tahun 2014. Stadium ini mula menjalankan pembinaan pada tahun 2010 dengan pembelanjaan sebanyak $430 juta. Stadium ini digunakan oleh kelab Spartak Moscow FC dan juga pasukan kebangsaan Rusia.

Kapasiti : 45,360

Jadual Perlawanan

16 June 2018 16:00 – Argentina vs Iceland – Group D
19 June 2018 15:00 – Poland vs Senegal – Group H
23 June 2018 15:00 – Belgium vs Tunisia – Group B
26 June 2018 17:00 – Serbia vs Brazil – Group C
3 July 2018 21:00 – 1H vs 2G – Round of 16

#5 Rostov Arena

Pembinaan stadium ini bermula agak lewat berbanding stadium yang lain. Stadium ini mula dibina pada tahun 2014 dan berjaya disiapkan pada tahun 2017 dengan kapasiti untuk Piala Dunia 2018 sebanyak 45,000. Walaubagaimana pun, kapasiti ini akan dikurangkan kepada 42,000 sebaik sahaja Piala Dunia tamat nanti dan akan digunakan oleh Rostov FC sebagai laman sendiri.

Kapasiti : 45,000

Jadual Perlawanan

17 June 2018 21:00 – Brazil vs Switzerland – Group E
20 June 2018 18:00 – Uruguay vs Saudi Arabia – Group A
23 June 2018 21:00 – Korea Republic vs Mexico – Group F
26 June 2018 21:00 – Iceland vs Croatia – Group D
2 July 2018 21:00 – 1G vs 2H – Round of 16

#6 Samara Arena

Samara Arena juga dikenali sebagai Cosmos Arena mula dibina pada tahun 2014 sebelum siap pada 2017 dengan kos pembinaan sebanyak $320 juta. Selepas Piala Dunia, Samara Arena akan diguna pakai oleh Krylia Sovetov Samara FC.

Kapasiti :

Jadual Perlawanan

17 June 2018 16:00 – Costa Rica vs Serbia – Group E
21 June 2018 19:00 – Denmark vs Australia – Group C
25 June 2018 18:00 – Uruguay vs Russia – Group A
28 June 2018 18:00 – Senegal vs Colombia – Group H
2 July 2018 18:00 – 1E vs 2F – Round of 16
7 July 2018 18:00 – W55 vs W56 – Quarter Final

#7 Kazan Arena

Sebelum Piala Dunia 2018, stadium ini telah digunakan semasa Piala Konfederasi yang lalu disamping menjadi saksi perasmian pembukaan dan penutupan Universaide Summer pada tahun 2013. Dengan kos pembinaan menelan hampir $450 juta, stadium ini akan menjadi laman sendiri bagi Rubin Kazan FC kelak.

Kapasiti : 45,379

Jadual Perlawanan

16 June 2018 13:00 – France vs Australia – Group C
20 June 2018 21:00 – Iran vs Spain – Group B
24 June 2018 21:00 – Poland vs Colombia – Group H
27 June 2018 17:00 – Korea Republic vs Germany – Group F
30 June 2018 17:00 – 1C vs 2D – Round of 16
6 July 2018 21:00 – W53 vs W54 – Quarter Final

#8 Kaliningrad Stadium

Stadium ini dibina khas untuk Piala Dunia 2018. Namun begitu, kerja pembinaan stadium ini masih berjalan dan tarikh pembukaan stadium ini adalah pada 22 Mac 2018. Konsep stadium ini adalah sama dengan Allianz Arena.

Kapasiti : 35,212

Jadual perlawanan

16 June 2018 21:00 – Croatia vs Nigeria – Group D
22 June 2018 20:00 – Serbia vs Switzerland – Group E
25 June 2018 20:00 – Spain vs Morocco – Group B
28 June 2018 20:00 – England vs Belgium – Group G

#9 Mordovia Arena

Dengan pembelanjaan sebanyak $300 juta, stadium ini masih dalam pembinaan dan dijangka pada bulan april nanti. Stadium ini akan digunakan untuk perlawanan pada peringkat kumpulan sahaja.

Kapasiti : 44,442

Jadual Perlawanan

16 June 2018 19:00 – Peru vs Denmark – Group C
19 June 2018 18:00 – Colombia vs Japan – Group H
25 June 2018 21:00 – Iran vs Portugal – Group B
28 June 2018 21:00 – Panama vs Tunisia – Group G

#10 Volgograd Arena

Ini merupakan salah satu stadium yang masih dalam pembinaan hingga kini. Stadium ini sepatutnya telah siap dibina pada 2017 namun mengalami beberapa masalah hingga menyebabkan kelewatan. Selepas Piala Dunia, stadium ini akan digunakan oleh Rotor Volgograd FC.

Kapasiti : 45,568

Jadual Perlawanan

18 June 2018 21:00 – Tunisia vs England – Group G
22 June 2018 18:00 – Nigeria vs Iceland – Group D
25 June 2018 17:00 – Saudi Arabia vs Egypt – Group A
28 June 2018 17:00 – Japan vs Poland – Group H

#11 Ekaterinburg Arena

Stadium ini merupakan stadium kedua dengan kapasiti terendah dalam senarai 12 stadium piala dunia kali ini. Stadium ini juga lebih dikenali sebagai Central Stadium.

Kapasiti : 35,696

Jadual perlawanan

15 June 2018 17:00 – Egypt vs Uruguay – Group A
21 June 2018 17:00 – France vs Peru – Group C
24 June 2018 20:00 – Japan vs Senegal – Group H
27 June 2018 19:00 – Mexico vs Sweden – Group F

#12 Nizhny Novgorod Stadium

Stadium ini telah siap dibina pada Disember 2017 yang lalu. Sama seperti stadium yang lain, stadium ini juga akan diguna pakai oleh pasukan tempatan rusia selepas piala dunia nanti.

Kapasiti : 44,899

Jadual Perlawanan

18 June 2018 15:00 – Sweden vs Korea Republic – Group F
21 June 2018 21:00 – Argentina vs Croatia – Group D
24 June 2018 15:00 – England vs Panama – Group G
27 June 2018 21:00 – Switzerland vs Costa Rica – Group E
1 July 2018 21:00 – 1D vs 2C – Round of 16
6 July 2018 17:00 – W49 vs W50 – Quarter Final

One thought on “Piala Dunia 2018 Tidak Bermakna Tanpa 12 Stadium Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *