RM10,000 Bantuan Kerajaan Negeri Selangor Bagi Keluarga Mangsa Maut Akibat Banjir

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Gambar AstroAwani

Bagi meringankan sedikit beban serta mengubat duka kerana kehilangan ahli keluarga disebabkan banjir yang berlaku di Selangor, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bantuan Rm10,000 kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat banjir.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, bantuan kewangan diberikan bagi membantu keluarga mangsa meneruskan kehidupan mereka.

Selain itu, turut dilancarkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit yang dikhaskan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan di Selangor.

Tambah Amirudin lagi, sebagai permulaan dan tanda sokongan, beliau sendiri akan menyumbang sebulan gaji beliau kepada tabung berkenaan. Semoga dengan adanya tabung ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.