Sarat Hamil Anak Pertama, Intan Ladyana Dan Suami Dikejarkan Ke Hospital Kerana Covid-19

Intan Ladyana Dan Suami Disahkan Positif Covid-19. Gambar Kosmo.

Pelakon, Intan Ladyana Mohamat Yahya dan suaminya Harris Alif dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dipercayai kerana positif Covid-19.

Lebih membimbangkan lagi keadaan Intan yang ketika ini sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

Intan dan Haris telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Februari yang lalu dan sedang menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata pertama mereka berdua.

Semoga keadaan Intan baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.