Seramai 87 Jemaah Umrah Indonesia Disahkan Positif Covid-19

Gambar Jemaah Umrah Indonesia. Gambar Kosmo

Menurut laporan, seramai 87 jemaah umrah Indonesia telah disahkan positif Covid-19 sejurus tiba ke tanah air.

Dari jumlah itu yang berangkat ke Kota Mekah pada 8 Januari lalu, mungkin ada yang telah dijangkiti varian Omicron.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, sampel darah telah diambil dan akan melakukan pemeriksaan selanjutnya.

Untuk rekod, seramai 414 jemaah telah berangkat ke tanah arab untuk mengerjakan umrah dan itu merupkan kumpulan pertama yang berlepas kesana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.