Teo Ee Yi Dan Ong Yew Sin Tewas Di Separuh Akhir

Teo Ee Yi Dan Ong Yew Sin Menduduki Tempat ke-3. Gambar BWF

Pasangan regu profesional negara, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin tewas di separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia kepada regu Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi 13-21, 9-21 di Huelva Sepanyol.

Rentak cemerlang kemenangan keatas juara Olimpik Tokyo 2020 dariĀ  Taiwan, Wang Chi Lin dan Lee Yang diperingkat suku akhir gagal diteruskan apabila tewas mudah kepada regu muda Jepun itu.

Dengan kekalahan ini, regu negara ni akan menaiki podium sebagai pemenang tempat ke-3. Kali terakhir wakil negara menaiki podium dalam cara regu lelaki ini adalah pada tahun 2009 menerusi regu Zakry Abd Latif/Fairuzizuan dan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong.

Leave a Reply

Your email address will not be published.