Tun Mahathir Masih Dirawat Dan Sudah Berinteraksi Bersama Keluarga

Tun Mahathir Mohamad

Tun Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Tun dikhabarkan telahpun berinteraksi bersama keluarga yang sentiasa menemaninya.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh anaknya iaitu Datin Marina Mahathir dalam satu kenyataan.

“Bagi pihak Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak mahupun di dalam dan luar negara.

“Terima kasih kepada semua yang menganjurkan kepada doa selamat dan bacaan Yasin serta orang ramai dari pelbagai agama yang mengirimkan doa dan ucapan agar Tun Mahathir cepat sembuh,”

Tambah Marina lagi, diharapkan orang ramai tidak menyebarkan dan mengendahkan sebarang khabar angin yang belum pasti kesahihannya.

Semoga Tun kembali sihat dan mejalani kehidupan seperti biasa.

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.