Utara Semenanjung Diramal Mengalami Hujan Berterusan

Gambar : MET Malaysia

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia(MET), beberapa kawasan yang membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta utara Perak dijangka akan dilanda angin kencang serta hujan berterusan.

Kejadian ini disebabkan oleh Lekukan Tropika yang dicerap sedang berada di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.

Sehubungan dengan itu, MET telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan kepda kawasan-kawasan dan negeri yang mungkin dilanda fenomena ini.

Sumber : BHOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published.