Viktor Axelsen Tersungkur Digasak Kean Yew

Keputusan Perlawanan Viktor Axelsen vs Loh Kean Yew. Gambar Facebook.

Viktor Axelsen terpaksa melupakan Kejohanan Dunia 2021 yang berlangsung di Huelva, Sepanyol selepas tewas kepada Loh Kean Yew dalam pertarungan 3 set.

Perlawanan kali ini bagaikan ulangan perlawanan akhir Jelajah Dunia dua minggu lepas yang berbeza adalah keputusanya sahaja.

Faktor keletihan mungkin menjadi salah satu sebab kekalahan Viktor kali ini. Sedia maklum bahwa jadual kejohanan BWF yang begitu rapat dalam 3 bulan terakhir ini.

Selain itu, prestasi meningkat yang ditunjukan Loh Kean Yew anak kelahiran Pulau Pinang ini tidak dinafikan lagi cukup memberangsangkan. Beberapa pemain ternama dengan ranking lebih tingga telah dikalahkan termasuklah Lee Zii Jia.

Dengan ketiadaan Viktor Axelsen selepas dikalahkan dan Kento Momota akibat kecederaan, besar kemungkinaan Loh Kean Yew mampu menjuarai Kejohanan Dunia kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.