Aaron, Wooi Yik Hampir Dimalukan

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sewaktu menerima pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Gambar theborneopost.com
Membuka tirai saingan Badminton Malaysia Masters 2023, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turun berdepan dengan regu dari negara jiran, Indonesia yang diwakili oleh Pramadya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.
Aaron dan Wooi Yik yang diletakan selaku pilihan kedua kejohanan bermula langkah kanan selepas berjaya memenangi set pertama 21-18.
Namun segalanya nampak berubah apabila memasuki set kedua. Aaron dan Wooi Yik tewas mudah diset kedua 10-21.
Dalam set penentuan, Aaron dan Wooi Yik bermula goyah selepas memberikan mata-mata mudah buat lawan sebelum mereka kembali mendahului perlawanan dengan mata 15-10.
Berasa selesa dihadapan, Aaron dan Wooi Yik disamakan kedudukan dan terus diberikan tekanan oleh pasangan regu dari Indonesia.
Bagai tiada harapan buat Aaron dan Wooi Yik selepas lawan berada dimata penamat iaitu 19-20. Namun mereka berjaya mengikat kedudukan dan kemudian memenangi perlawanan dengan keputusan 23-21.
Dipusingan kedua nanti, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan berdepan dengan regu no.10 dunia dari Korea iaitu Choi Soi Gyu dan Kim Won Ho.
Untuk rekod, mereka hanya pernah bertemu hanya sekali sahaja iaitu di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan 2020 dengan keputusan berpihak kepada Aaron dan Wooi Yik.
Mampukah regu negara memberi tentangan sekaligus mara kepusingan suku akhir ataupun tersungkur seawal pusingan kedua kejohanan.