Abang Viva Kini Menjadi Tunangan Orang

Abang Viva (Azuan Omar) Bersama Evanova Zakaria. Gambar Nona

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar baru-baru ini tular apabila melamar kekasihnya, Evanova Zakaria menerusi Live TikTok.

Sambil disaksikan ribuan penonton ketika itu, abang Viva menunjukan sebentuk cincin dan kemudiannya bertanya kepada Eva samada beliau menerima lamaranya.

Netizen yang menyaksikan lamaran itu meminta untuk abang Viva membawa wakil untuk berjumpa terus dengan ibu dan bapa Eva.

Difahamkan kini mereka sudahpun mengikat tali pertunagan dan akan bersama-sama melakukan kerja kebajikan. Menurut info, tunang abang Viva juga selalu melakukan aktiviti amal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *