Ada Apa Dengan Tasik Timah Tasoh

Pemandangan Indah Dari Tasik Timah Tasoh. Gambar Utusan

Tasik Timah Tasoh terletak 20 kilometer perjalanan menggunakan kenderaan dari Bandar Kangar dan 19 kilometer dari Padang Besar.

Tasik ini diberikan gelaran ‘Timah Tasoh’ kerana pertembungan antara dua batang sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Dasar tasik ini dahulunya terdapat sebuah perkampungan kemudian ditenggelamkan untuk dijadikan sebuah empangan takungan air.

Ini bertujuan untuk menyediakan bekalan air domestik atau perindustrian kepada penduduk setempat. Selain itu, takungan air ini juga bertujuan untuk pengairan tanah sawah bagi penanaman pada 2 tahun sekali dapat dilakukan.

Kos Pembinaan

Kos pembinaan projek pembinaan empangan ini telah menelan belanja sebanyak RM77 juta dibawah peruntukan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Malaysia (IADP).

Jangka Masa Pembinaan

Projek pembinaan empangan bagi Tasik Timah Tasoh telah bermula pada tahun 1987 dan telah siap sepenuhnya pada 1992.

Tarikan Pelancongan

Tasik Timah Tasoh yang asalnya sunyi dan terpencil kini menjadi salah satu lokasi tarikan pelancong yang datang ke Perlis. Tasik ini dahulunya hanya menjadi tempat para pemancing untuk mendapatkan hasil namun kini menjadi sumber pendapatan kepada penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan di Tasik Timah Tasoh ini antaranya menaiki kayak dan bot mengelilingi tasik disamping disajikan permandangan yang indah.

Bagi yang gemar bergambar, pengunjung boleh merakam gambar berlatarbelakangkan Bukit Cabang kita sedang berada diatas bot.

Untuk mereka yang datang dari jauh, tempat penginapan juga disediakan untuk mereka yang sukakan suasana percutian yang jauh dari kesibukan bandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *