Along Upah Orang Untuk Tarik Kereta

Along samun

Tangkap layar kejadian orang upahan along tarik kereta.

Tular dalam satu video dilaman sesawang menyaksikan 3 orang lelaki merampas kereta milik seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat dekat Butterworth.

Kejadian tersebut telahpun menjadi kes posli selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama.

Ketiga tiga suspek telah ditahan dalam serbuan yang berasingan. Dalam serbuan, polis telah merampas sebuah kereta dan pakaian yang dipakai oleh suspek. Yang lebih menarik, kesemua suspek berada dalam pengaruh dadah.

Hasil siasatan mendapati bahwa suspek telah diupah oleh seorang pemberi pinjaman wang untuk melakukan kerja tersebut.

Difahamkan ibu kepada mangsa yang berusia 57 tahun telah membuat pinjaman wang sebanyak RM100,000 tiga tahun lalu dengan seorang along.

Ibu mangsa bersetuju untuk menyerahkan kereta anaknya itu jika gagal membayar kembali wang pinjaman tersebut melalui satu perjanjian bertulis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *