Apa Itu Carta Pergerakan Bayi Ataupun Fetal Kick Chart

Carta Pergerakan Bayi Yang Perlu Diisi Oleh Ibu Mengandung. Gambar Google

Carta Pergerakan Bayi ataupun Fetal Kick Chart adalah satu kaedah paling mudah bagi menilai pergerakan bayi dalam kandungan si ibu.

Ibu mengandung perlu merekodkan jumlah gerakan bayi dalam kandungan bermula jam 9 pagi hingga 9 malam iaitu 12 jam.

Dalam tempoh 12 jam itu, bayi perlu melakukan minimum 10 gerakan atau tendangan. Jika kurang, ibu perlu dapatkan rawatan terus (hari sama) dimana-mana hospital yang berhampiran.

Selain itu rawatan dan bantuan juga diperlukan sekiranya ada yang tidak kena pada gerakan bayi walaupun sudah cukup 10 gerakan pada jangka waktu 12 jam.

Catatan ini perlu dilakukan apabila usia kandungan sudah masuk 28 minggu.

Cara mengira gerakan adalah mudah dan ibu perlulah peka. Gerakan atau tendangan sederhana/kuat dikira sebagai 1 gerakan. Gerakan kecil yang berturut-turut dikira sebagai 1 tendangan. Bagi sedikit jangka waktu diantara satu gerakan paling kurang setengah jam ke satu jam.

Catat waktu akhir gerakan ke-10 ke dalam carta yang disediakan dalam buku pink. Ibu bolehlah memantau gerakan yang selebihnya.

Carta tersebut perlulah diisi dengan jelas menggunakan pen bagi memudahkan pemeriksaan dari pihak klinik/hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *