Ayah Zamarul Hisham Pergi Buat Selamanya
Ayah kepada Zamarul Hisham, Mohamed Mohamed Zain telah pergi buat selamanya jam 7 malam, semalam.
Dikhabarkan arwah terjatuh di dalam bilik air di kediamannya di Bangi.
Berita tersebut disahkan oleh Zamarul sendiri dan menyatakan dia kini kehilangan tempat mengadu selepas pemerigian insan yang disayanginya itu.
Allahyarham telah disolatkan di Masjid Al-Umm, Bangi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi (Sg Tangkas) jam 1030 pagi tadi.
Semoga arwah ayah Zamarul dilimpah kurniakan rahmat daripadaNya.