Bakar Kucing, Remaja Diarah Berkelakuan Baik Setahun

Gambar hiasan.

Remaja lelaki berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas satu pertuduhan membakar anak kucing disebuah flat di Hulu Langat pada April lalu telah dikenakan bon kelakuan baik selama setahun bermula hari ini.

Tertuduh diarahkan oleh Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz untuk hadir ke bengkel interaktif Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama ibunya untuk tempoh tersebut.

Tidak itu sahaja, tertuduh juga dilarang keluar rumah antara 10 malam hingga 6 pagi selama setahun. Ibu tertuduh juga dikenakan bon dan cagaran sebanyak RM1000 dan perlu memastikan anaknya tidak melanggar mana-mana arahan mahkamah.

Untuk rekod, remaja itu didakwa kerana secara kejam menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan cara membakar di parkir flat di Hulu Langat pada 1.08 tengah hari, 22 Apirl lalu.

Kesalahan mengikut Perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman denda RM 20,000 hingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *