BAM Akui Gagal Capai Sasaran Emas Di Paris

Ini Kenny Goh. Gambar Kosmo.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh berkata, persatuan tersebut gagal capai sasaran iaitu pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Pencapaian pemain BAM di Paris hanyalah satu pingat gangsa yang disumbangkan oleh gandingan regu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Satu lagi pingat gangsa disumbangkan oleh pemain perseorangan lelaki negara yang bertaraf profesional iaitu Lee Zii Jia.

Wakil lain pemain BAM yang beraksi di Paris adalah gandingan regu wanita, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan yang berjaya mara ke separuh akhir dan regu campuran, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei yang terkandas di suku akhir.

Satu lagi wakil negara yang bertaraf profesional iaitu Goh Jin Wei menerusi acara perseorangan wanita. Jin Wei terkandas seawal peringkat kumpulan lagi.

Tambah Datuk Kenny Goh lagi, beliau tidak mahu memberikan alasan atas kegagalan sebaliknya mahu buat penambahbaikan lagi.

Bagi sesetengah negara jika berlaku kegagalan dalam satu-satu program, pemimpinnya akan mengundurkan diri dengan cara meletakan jawatan. Tapi itu semua tidak berlaku di Malaysia yang aman dan harmoni ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *