Benjamin Mora Mungkin Tinggalkan JDT

Benjamin Mora, Jurulatih JDT. Gambar : Johor Darul Ta’zim

Susulan masalah peribadi yang menimpa pengendali skuad bola sepak Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora, tugas beliau mungkin akan diambil alih oleh jurulatih baru.

Ketiadaan kelibat jurulatih dari Mexico ketika JDT turun menentang Penang FC dan Melaka United, menguatkan lagi khabar angin tersebut.

Perlantikan jurulatih baru perlu disegerakan memandangkan JDT bakal berdepan Urawa Red dari Jepun dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) pada 19 Ogos ini.

Dibawah kendalian Benjamin Mora, JDT mencatatkan pelbagai kemenangan serta kejuaraan dan yang paling dikenang mungkin apabila berjaya membawa JDT kepusingan 16 terbaik ACL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *