Bilik Penjana Elektrik HTJ Terbakar, 40% Musnah

Hospital Tuanku Ja’afar. Gambar JKNNS

Kebakaran berlaku di bilik penjana elektrik yang membekalkan tenaga ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Negeri Sembilan, tengah hari tadi. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PgKB II Khir Amir Ahmad, memaklumkan bahawa pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 12.40 tengah hari.

Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati kebakaran melibatkan bilik penjana yang berukuran 45.7 x 12.1 meter persegi dan telah menyebabkan kerosakan sekitar 40% dari keseluruhan bilik. Walau bagaimanapun, kejadian ini tidak mengorbankan mangsa, dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Punca kebakaran dipercayai akibat sebuah lori yang membawa bahan binaan tersangkut pada kabel elektrik, menyebabkan tiang kabel tersebut patah dan mencetuskan kebakaran. Operasi pemadaman yang melibatkan 13 anggota bomba tamat pada jam 1.30 tengah hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *