Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma. Peluang Pulih 70 hingga 80 Peratus

Chef Wan Disahkan Hidap Kanser Limfoma.

Tangkap layar dari Instagram Chef Wan.

Chef selebriti negara yang cukup terkenal, Datuk Redzuan Ismail, 65, atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan telah disahkan menghidap kanser limfoma.

Berita ini dikongsikan sendiri beliau menerusi laman sosial Instagramnya semalam selepas menjala ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital.

Difahamkan bahwa keadaan Chef Wan dalam keadaan stabil dan kanser yang dihidapi masih di peringkat awal berdasarkan saiznya.

Tambah Chef Wan lagi, ujian terpaksa dilakukan sebanyak dua kali bagi memastikan keputusan yang diperolehi. Chef Wan juga memaklumkan peluang untuk sembuh adalah sebanyak 70 hingga 80 peratus dengan menjalani rawatan kemoterapi.

Kami mendoakan semoga Chef Wan sembuh dari penyakit yang beliau hidapi dan kembali menceriakan kami semua dengan celoteh beliau ketika memasak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *