China Hampir Sapu Bersih Terbuka Singapura

Badminton Terbuka Singapura 2024.

Badminton Terbuka Singapura 2024.

Pemain China hampir memenangi kesemua acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2024 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi. Dari lima acara, empat daripadanya milik pemain dari China. Pemain negara telah terkandas terlebih dahulu diperingkat suku akhir.

Perseorangan Lelaki

Pertembungan sesama sendiri antara Li Shi Feng menentang Shi Yu Qi menyaksikan perlawanan yang sengit disajikan. Perlawanan berlanjutan hingga ke set penentuan dalam pertarungan yang mengambil masa selama 87 minit. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan milik Shi Yu Qi, 17-21, 21-19 dan 21-19.

Perseorangan Wanita

Pertemuan pilihan pertama dan kedua kejohanan dari Korea Selatan, An Se Young dan Chen Yu Fei dari China. An Se Young berjaya memenangi set pertama dengan mata 21-19 sebelum Chen Yu Fei berjaya menamakan kedudukan pada set kedua 16-21 untuk membawa perlawanan ke set penentuan. Bagai hilang punca, Chen Yu Fei gagal meneruskan rentak pada set kedua dengan memberikan mata-mata mudah untuk An Se Young. Chen Yu Fei tewas dengan mata 12-21 sekaligus mencacatkan kemenangan sempurna China di Terbuka Singapura.

Regu Lelaki

Regu bukan pilihan dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu berjaya menewaskan regu pilihan ke-7 dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam perlawanan akhir dengan keputusan 21-19, 21-14. Pertahanan yang jitu serta kesilapan sendiri dari pasangan Indonesia diambil kesempatan sepenuhnya oleh Ji Ting-Xiang Yu untuk merangkul kejuaraan Terbuka Singapura 2024.

Regu Wanita

Masih belum ada regu wanita yang betul-betul mampu untuk menewaskan regu pilihan pertama dan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan. Mereka mudah mengenepikan cabaran regu dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dengan keputusan 21-15, 21-12.

Regu Campuran

Pilihan utama kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong tidak berhadapan masalah untuk menewaskan regu dari Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang dengan mata 21-11, 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung selama 30 minit sahaja. Kemenangan ini juga melebarkan rekod kemenangan Si Wei-Ya Qiong keatas regu Taiwan ini kepada 6-0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *