Datuk Seri Saarani Mohamad Menjadi Menteri Besar Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Gambar Bernama

Lepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Perak menjadi negeri pertama yang mengumumkan perlantikan menteri besar.

Dengan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Datuk Seri Saarani Mohammad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Pada PRU15, hanya tiga negeri yang melakukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perlis, Pahang dan Perak.

DUN Perak yang mempunyai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri, memerlukan sokongan dari 30 ADUN bagi membentuk kerajaan negeri setelah mendapat majoriti.

Untuk rekod, Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan sebanyak 26 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 24 dan Barisan Nasional 9 kerusi. Barisan Nasional telah bergabung dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri Perak yang baru dengan 33 kerusi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *