Debaran Final Kembali

Mantap anak muda

Tahniah aku ucapkan kepada Lee Zii Jia sebab menang All England tempoh hari. Pada siapa yang tonton perlawanan tu dari mula, mesti tak senang duduk. Mana tidaknya, set pertama dah sampai 30 point. Set kedua lak dah lead 18-14, lepas tu kalah lak set tu. Mujur set ketiga Victor tu dah penat nak layan si Zii Jia tu.

Jujur aku kata, aku rindu nak tengok pemain Malaysia diperlawanan akhir dalam sukan badminton ni terutamanya dalam acara perseorangan lelaki. Kali terakhir kita menang dalam All England ni pada tahun 2017 hasil sumbangan Lee Chong Wei.

Chong Wei sebelum ni dah menang 4 kali All England iaitu pada tahun 2010,2011,2014 dan 2017. Sebelum tu pada tahun 2007 melalui Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Hafiz Hashim menang pada tahun 2001.

Berbalik pada Lee Zii Jia, corak permainan dia macam Chen Long. Tenang pergerakan pun ngam-ngam cun je. Letak bola pun cun. Aku harap dia boleh teruskan momentum ni untuk capai lebih banyak kejuaraan.

Zii Jia ni masih muda lagi. Umur baru 22 tahun dah menang All England. Chong Wei dulu umur 28 baru menang first title All England pada tahun 2010 dulu tu.

Moga BAM dapat gilap lagi bakat-bakat baru. Tak kan nak harap dia sorang je. Yang lain buat apa? Tak kan nak perabih beras je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *